Search Result

Monday, April 6, 2009

Kolam Patin Mekong Bukit Tambun


Baru - baru ni geng aku jumpa satu kolam pancing yang cukup best, terletak kat Bukit Tambun, Pulau Pinang. Apa yang menarik ialah konsep kolam ni. Kolam yang khas untuk pemancing cuba kekuatan patin mekong, sebab hanya patin mekong ja yang ada dalam kolam ni. Bayaran masuk pon boleh dikatakan amat berpatutan, hanya RM20 untuk sehari memancing dari pukul 9 pagi ke 12 tengah malam. Kira kos untuk sehari mancing lebih kurang 20 - 40 termasuk umpan.

Kolam ni cuma di buka pada hari jumaat hingga ahad sahaja. Kolam ni untuk pemancing dasar, dan semua ikan hendaklah dilepaskan balik.
Aku suka kolam ni dengan ni sebab bagi aku servis dia memang baik. Penjaga kolam yang akan bantu tanggalkan mata kail dari mulut ikan.
Set yang bersesuaian bagi aku adalah set 30 lbs. Memang ngam la nak layan patin mekong yang saiz nya 8-10kg di situ. Saiz yang ada di kolam tu dar- 2-3 kilo hingga ke belasan kilo. Tapi sepanjang kunjungan geng puyu laut ke situ, purata saiz yang diperolehi adalah 6-10kg.

Rekod paling cemerlang setakat ni di pegang oleh Al Azmi dengan 13 strike dan 11 yang berjaya di tumpaskan pada 5 hb April 2009. Rekod aku setakat 7 strike dengan hanya 6 yang berjaya ditumpaskan. Umpan semuanya kami beli di sana. Memang berbaloi mancing kat sana.
Tengok la video perlawan dibawah ni:



p/s : Tak lama lagi kolam mekong tu nak tambah satu lagi

6 comments:

  1. Dah la tu oooi,cukup la racun aku.
    Tak tahan dah ni... aku nak mancing mekong gak.

    ReplyDelete
  2. hehe kasi panas skit... 8 April 2009:

    participant---------strike------success
    ................................................
    Encik Hairi------------7-----------7
    Kapot------------------7-----------6
    Jerry-------------------8------------7
    Al Azmi----------------7-----------6
    Yob--------------------3-----------1
    ................................................
    Total-----------------32----------27
    ................................................

    Time : 5 hrs , 4pm to 9pm

    ReplyDelete
  3. Segala urusan sila hubungi Kapot.... xpon azmi pon bole...

    ReplyDelete
  4. ni email aku (yob)... zafri06@yahoo.com

    ReplyDelete