Search Result

Monday, April 13, 2009

Mancing... Laut ...Kolam... Sungai..??

Haaa... sebenarnya, aku cuma nak tanya pendapat sesiapa saja pasal mancing nih... x kira la mancing di sungai ka... kat kolam ka...lombong ka... kolam bayar ka...mana2 ja la... apa yg penting skali bagi korang??

maksud aku, korang nih kalo mancing mmg nak bawak balik ikan ka atau nak trill ja ... kalo macing nak kena tempat yg xda agas,nyamuk pacat dll atau pon x kisah semua tuh... semua nih bukan apa...nak tengok selera kaki pancing ja...jadi rajin2 la taruk comment kat sini... aku nak buat poll x reti plak kt blog nih hahhahah....

Tuesday, April 7, 2009

Pla buk @ pating Mekong @ Mekong Catfish

Oleh kerana skarang nih team Puyu Laut nih tengah gila ngan patin Mekong nih... apa kata kita baca skit pasal ikan nih. apa yg aku tulis sini actually dari internet gak... mcm copy paste la... mana la aku tau sangat pasal ikan nih...aku bukan nyer blaja pasal ikan pon hahhaha... apa-apa pon baca la kat bawah nih untuk menambah pengetahuan... :D

Mekong giant catfish, Pangasianodon gigas, adalah species catfish (order Siluriformes) dari shark catfish family (family Pangasiidae), keturunan Mekong basin in Southeast Asia.

Boleh membesar hingga 3 walaupon tak confirm, Dia nih besar cepat giler.., bole sampai 150 ke 200 kg dalam 6 tahun. Paling besar depa penah tangkap kat Thailand (berekod) mula tahun 1981, betina panjang 2.7 m (beh kurang 9 kaki) berat 293 kg (646 lb).

Kaler kelabu putih ngan x brapa ada stripes, Mekong giant catfish bole dikenali ngan hampir xda barbels xda langsung gigi... macam orang tua

Nih la sedikit sebanyak yang aku rajin nak translate dari wikipedia. nak tau lebih ...apa lagi google la sendiri ...

Mekong giant catfish

Conservation status
Scientific classification
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Actinopterygii
Order: Siluriformes
Family: Pangasiidae
Genus: Pangasianodon
Chevey, 1931
Species: P. gigas
Binomial name
Pangasianodon gigas
Chevey, 1931
Synonyms

Pangasius paucidens
Fang & Chaux, 1949

Monday, April 6, 2009

Kolam Patin Mekong Bukit Tambun


Baru - baru ni geng aku jumpa satu kolam pancing yang cukup best, terletak kat Bukit Tambun, Pulau Pinang. Apa yang menarik ialah konsep kolam ni. Kolam yang khas untuk pemancing cuba kekuatan patin mekong, sebab hanya patin mekong ja yang ada dalam kolam ni. Bayaran masuk pon boleh dikatakan amat berpatutan, hanya RM20 untuk sehari memancing dari pukul 9 pagi ke 12 tengah malam. Kira kos untuk sehari mancing lebih kurang 20 - 40 termasuk umpan.

Kolam ni cuma di buka pada hari jumaat hingga ahad sahaja. Kolam ni untuk pemancing dasar, dan semua ikan hendaklah dilepaskan balik.
Aku suka kolam ni dengan ni sebab bagi aku servis dia memang baik. Penjaga kolam yang akan bantu tanggalkan mata kail dari mulut ikan.
Set yang bersesuaian bagi aku adalah set 30 lbs. Memang ngam la nak layan patin mekong yang saiz nya 8-10kg di situ. Saiz yang ada di kolam tu dar- 2-3 kilo hingga ke belasan kilo. Tapi sepanjang kunjungan geng puyu laut ke situ, purata saiz yang diperolehi adalah 6-10kg.

Rekod paling cemerlang setakat ni di pegang oleh Al Azmi dengan 13 strike dan 11 yang berjaya di tumpaskan pada 5 hb April 2009. Rekod aku setakat 7 strike dengan hanya 6 yang berjaya ditumpaskan. Umpan semuanya kami beli di sana. Memang berbaloi mancing kat sana.
Tengok la video perlawan dibawah ni:



p/s : Tak lama lagi kolam mekong tu nak tambah satu lagi

Saturday, April 4, 2009

memangcing di sungai kerian

aku cuba untuk cari gambar member kita yang sorang tu tapi ni je yang aku mampu buat yop gambar hang x dak...so kalau huduh tatacara duduk mu itu sorry la...


team puyu laut yang mencari puyu dalam tanah sawit, akan tetapi sahabat kita ini telah di kejutkan oleh haruan yang menyambar umpan cegkerik...satu lagi kejutan oleh puyu laut hahahaha viki hang cita sendiri la aku cita kang satu malaysia lak tahu hahaha


ini juga hasil dari sungai kerian.kawasan ini telah memberi banyak hasil tangkapan yang menarik seperti sebarau, udang galah, lampam dan pelbagai lagi jenis ikan yang berjaya di naikkan akan tetapi kawasan ini telah musnah sama sekali akibat sesetengah pihak yang hanya memandang keuntungan semata2...kawasan sg kerian sekarang di landa hakisan yang amat teruk...
banyak lg hasil tangkapan dari kami:











menggewang di lombong

Dalam kesibukan puyu laut mencari tempat untuk bermain dengan ikan dalam acara menggewang umpan...kami di kejutkan dengan kehadiran peacock bass yang berada amat dekat dengan persekitaran kami ini...dengan adanya ikan jenis ini kami dapat meluangkan lebihbanyak masa untuk mempraktikkan apa yang kami ketahui dan pelajari selama ini.dalam acara ini ia mempunyai keseronokan dan cabaran yang tersendiri.so andai ada tips yang menarik silakan beri tunjuk ajar.



Tuesday, March 31, 2009

Hasil dari Sg Kerian


Ini hasil kemi memancing kat sungai kerian.

Sunday, March 29, 2009

Salam dari Puyu Laut


Salam dari Geng Puyu Laut, geng kerdil yg setiap hari belajar untuk memancing. Lokasi biasa kawasan permainan kami adalah di sekitar kawasan Selama Perak. Dekat dengan rumah, senang nak balik kalau hujan.
Untungnya tinggal di Selama ialah dekat dengan banyak lokasi pancing yang menarik seperti Sungai Kerian, Bukit Merah, Ampang Jajar (Sg Kerian belah Parit Buntar), lombong dan lain-lain.

Blog ini bukan tempat untuk mengajar cara-cara mendapatkan ikan, sebab kami pun setiap hari belajar untuk memancing. Udang kat atas tu la satu-satunya hasil yang kami dapat dalam masa mancing kat Sungai Kerian, sebab tu kena ambil gambar ramai-ramai. Harap dapat kita terus berkongsi hobi memancing ni.